PELEPASAN ITIK MPK PUNI

Posted in Uncategorized on October 31, 2009 by mpkpuni
DSC_0136

Temburong, Jummat 11 Zulkaedah 1430 bersamaan 30 Oktober 2009, Acara Melepaskan Itik ke Dalam Kolam Ternakan oleh Majlis Perundingan Kampung Puni dan Ujong Jalan, Temburong. Turut hadir di acara tersebut ialah Yang Mulia Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ketua Kampung Belingos, Yang Mulia Haji Hamdan bin Haji Awang Besar, Penghulu Mukim Bangar serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Temburong. Pelepasan itik ke dalam kolam ternakan ini berlangsung di Ladang Itik Kampung Puni. Sebanyak 300 ekor itik dilepaskan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Puni dan Ujong Jalan. Urutan peternakan itik ini adalah perusahaan telor masin yang merupakan Projek Perekonomian Kampung Puni dan Ujong Jalan sebagai perlaksanan Satu Kampung Satu Produk di Daerah Temburong. Pemosessan telor masin dijangka akan bermula pada awal Februari 2010.

Posted in Uncategorized on October 27, 2009 by mpkpuni

Slide2

PERJUMPAAN PEGAWAI DAERAH TEMBURONG DENGAN MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG PUNI

Posted in Uncategorized on July 26, 2009 by mpkpuni
Perjumpaan Pegawai Daerah Temburong bersama dengan ahli-ahli MPK Puni dan Ujong Jalan telah berlangsung pada hari Rabu, 22 Julai 2009 bertempat di balai raya Kampung Puni. Perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan mengenai dengan ketetapan MPK Puni dan Ujong Jalan bersanggupan untuk mengambilalih pengurusan dan pentadbiran Galeri Warisan Kesenian dan Kebudayaan Daerah Temburong. Semua ketetapan yang telah disuarakan didalam perjumpaan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh Ketua Kampung Puni, Penasihat MPK Puni, Timbalan Pengerusi MPK Puni, Setiausaha dan ahli-ahli yang hadir. InsyaAllah, pengendalian Galeri Warisan oleh MPK Puni dan Ujong Jalan akan berjalan sepenuhnya sebaik-baik sahaja Ketua Kampung menyerahkan surat persetujuan ke Jabatan Daerah Temburong dalam masa yang terdekat ini.

Gotong Royong Meroboh Rumah Kosong di Kampung Ujung Jalan

Posted in Uncategorized on May 26, 2009 by mpkpuni

gotongroyong 

Temburong- Jumaat, 19 Jun 2009– Kampung Puni, Temburong. Majlis Perundingan Kampung Puni mengadakan gotong royong  meroboh rumah Yang Mulia Awang Harun bin Mat Zain yang beralamat di Kampung Ujung Jalan.  Hadir serta dalam gotong royong tersebut ialah Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.  Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah Temburong berserta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan, Jabatan Daerah Temburong.