SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT, dengan adanya Laman Blog Majlis Perundingan Kampung Puni ini dapat diungkayahkan ianya dapat membantu lagi Majlis Perundingan Kampung Puni ini untuk lebih menyerlah dan bergerak lebih maju dalam memperigakan budaya, adat dan tatasusila kebruneian yang luhur.  Kampung Puni dan sekitarnya yang dahulunya telah di tadbir seorang Ketua Kampung yang telah dikurniakan gelaran Orang Kaya Muda.  Dalam meneruskan usaha-usaha  ketua kampung sebelum ini, saya berasa bangga diatas keperihatinan penduduk-penduduk kampung dalam memberikan sumbangan bakti, buah fikiran, tenaga dan kewibawaan selaku anak buah kampung. 

Kampung Puni seperti jua kampung-kampung lain telah dapat bergerak maju dalam menjana ekonomi masyarakat seperti yang dihasratkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri khususnya dalam merealisasikan Satu Kampung Satu Produk.  Seperti yang dihasratkan, kampung ini telah mula berjinak-jinak dalam mengusahakan produk perekonomian, dari bersekala kecil ke bersekala besar. Penghasilan telur masin daripada penternakan Itik, insyaAllah akan dihasilkan sepenuhnya oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung.

Dalam hal yang sedemikian, adalah dihasratkan supaya laman blog ini akan dapat memudahkan pengujung-pengunjung laman  yang berhasrat untuk meninjau kampung-kampung yang ada di daerah ini.  Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang berkesudian masuk ke lama Blog Majlis Perundingan Kampung Puni. 

Sekian Wassalam.

 

PENGIRAN ALIAS BIN P.P.C.L.D.S.N PENGIRAN HAJI DAMIT 

Ketua Kampung Puni

 

%d bloggers like this: