Gotong Royong Meroboh Rumah Kosong di Kampung Ujung Jalan
Temburong- Jumaat, 19 Jun 2009- Kampung Puni, Temburong. Majlis Perundingan Kampung Puni mengadakan gotong royong meroboh rumah Yang Mulia Awang Harun bin Mat Zain yang beralamat di Kampung Ujung Jalan. Hadir serta dalam gotong royong tersebut ialah Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah Temburong berserta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan, Jabatan Daerah Temburong.
Advertisement